Hati Misteri

Hati punyai sejuta rahsia yang pasti tiada sesiapa mengetahui. Hati juga punyai rasa & jiwa yang tiada sesiapa akan memahami. Hati ini ibarat kaca, yang sukar dibentuk, sukar dicipta dan sukar untuk menjaganya, namun mudah untuk menghancurkannya. Itulah hati manusia. Hati yang penuh dengan perasaan yang bercampur-baur. Hati yang penuh dengan konflik yang menyebabkan diri tertekan. Hati yang penuh keriangan yang mampu menjadi manusia paling bahagia. Jagalah hati kita dengan sebaiknya. Jagalah hati rakan² kita sebagaimana kita jaga hati kita. Yang paling penting, jagalah hati ibu bapa & guru² kita kerana merekalah punca kekuatan kita. Ingatlah, hati ini bukan mudah untuk dijaga, namun mudah untuk disakiti. Kerana lidah yang tajam bak pedang, mampu melukakan hati yang sukar untuk disembuh.

Comments

  1. Adakah saudara maksudkan kebahagiaan ekoran hati punca kebahagiaan,tetapi sedikit tambahan kebahagiaan tidak boleh didapatkan dengan tujuan perhatian manusia ekoran kerapuhan mereka atau kita akan kecewa pada akhirnya ,dan banyak orang yang kecewa dan menyerah dalam berbuat baik ekoran reaksi daripada manusia tidak seperti yang dia harapkan. Lakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan manusia baik materi atau emosi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Senarai Sekolah Berasrama Penuh SGE

Sekolah Tertua di Malaysia.... My School !!!!

Dendam!!