Posts

Showing posts from July, 2019

Hati Misteri

Hati punyai sejuta rahsia yang pasti tiada sesiapa mengetahui. Hati juga punyai rasa & jiwa yang tiada sesiapa akan memahami. Hati ini ibarat kaca, yang sukar dibentuk, sukar dicipta dan sukar untuk menjaganya, namun mudah untuk menghancurkannya. Itulah hati manusia. Hati yang penuh dengan perasaan yang bercampur-baur. Hati yang penuh dengan konflik yang menyebabkan diri tertekan. Hati yang penuh keriangan yang mampu menjadi manusia paling bahagia. Jagalah hati kita dengan sebaiknya. Jagalah hati rakan² kita sebagaimana kita jaga hati kita. Yang paling penting, jagalah hati ibu bapa & guru² kita kerana merekalah punca kekuatan kita. Ingatlah, hati ini bukan mudah untuk dijaga, namun mudah untuk disakiti. Kerana lidah yang tajam bak pedang, mampu melukakan hati yang sukar untuk disembuh.