Sekolah Tertua di Malaysia.... My School !!!!
Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor yang ditubuhkan pada tahun 1826 merupakan sekolah Melayu yang tertua sekali di Tanah Melayu. Mengikut catatan sejarah dan cerita mulut dari orang tua bahawa Sekolah Melayu Gelugor ini telah pun wujud sebelum tahun 1826 lagi. Sekolah ini pada mulanya diuruskan sendiri oleh penduduk kampung Gelugor sebagai kelas mengaji Quran, belajar pelajaran Agama Islam dan juga mengajar tulisan jawi. Pada masa itu juga, Sekolah Penang Free mengadakan sebuah kelas Bahasa Melayu. Apabila kelas itu ditutup, maka sebuah bangunan telah didirikan di Gelugor oleh En. Brown iaitu salah seorang pentadbir Sekolah Penang Free dan tuan punya ladang Brown. Bangunan ini didirikan di kawasan ladang getah berhampiran dengan rumah pengurus ladang itu bagi menempatkan anak-anak pekerja ladang Brown. Bangunan tersebut hanya merupakan sebagai sebuah bangsal yang berbumbung atap nipah sepanjang sembilan hubungan atap dan berdinding atap nipah juga serta berlantai papan. Di tengah-