Posts

Showing posts from 2015

Apa tu i2Fix.com???

Image
Hello... Hrini, Danish nk cerita sikit tentang kedai repair ni nama i2Fix.com.. Kdai ni ialah kedai repairing Apple products shaja. Pemilik kedai ni ialah orang melayu tau... Dan semua barang ni ialah 100% original... Harga pun berpatutan.. Dan konsep servis dia adalah face to face. Mksudnya, kita boleh tengok dia repair sendiri. Tapi, macam Danish, saya tinggal sebab waktu tu ramai customer. Dekat Malaysia ada 4 je . 1. KLANG : Lot S103, Tingkat 2, Bangunan Centro, No 8, Jalan Batu Tiga Lama, 41300 Klang, Selangor, Malaysia 2. SETAPAK : No 2-9, PV128, Jalan Genting Klang, Setapak, 53300 Kuala Lumpur, Malaysia 3. PENANG : E-Gate Commercial Centre , 1-02-05 Lebuh Tunku Kudin 2, 11700 Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia 4. SUBANG : Lot P03A, Basement 1, Empire Shopping Gallery, Jalan SS16/1, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia Baru-baru ni, Danish hantar iPad 2 Danish. iPad tu dh 2 atau 3 kali repair screen dkat tmpat lain tapi pecah jugak... Mungkin screen dulu x brkualiti. Then, ka

Cuti di Hat Yai!!!

Image
Huhuhu... Cuti sekolah dah start!! Yeayy!! Kali ni, Danish pergi ke .... Thailand.. Danish pergi dengan family. Dari Kota Bharu ke Sg. Golok. Then, pergi ke Hat Yai... Duduk kat sana 3 hari 2 malam.. Smpai-smpai di Hat Yai, kami check in di LeeVana Hotel.. Mmg best.. Rating 7.9/10.. .Pastu prgi makan di Decha Cafe.. Dekat je.. Sedap pulak tu.... The next day, kami pergi ke cable car.. Tapi, cable car ditutup.. Then, kami ke Chang Puak Camp. Kat situ ada Elephant Ride, ATV Car, Elephant Show, Archery dan mini games. Untuk elephant ride, harga 500 baht selama 30 minit. ATV car harga 500 baht juga selama 40 minit. Yang lain x ingt.. Sorry.. Then, kami check in ke hotel lain iaitu Florida Hotel.. Hotel ni lagi bestt... Murah, selesa dan paling best ada bathtub... Then, kami naik Tuk Tuk from Mr. Sucheep. Baik orangnya dan harga dia bagi memang murah... Kami pergi makan lunch dan jalan jalan sekitar Hat Yai.. Then, kami balik hotel dan bergerak ke Central Festival Mall... Oklaa.. Shopping m

Sekolah Tertua di Malaysia.... My School !!!!

Image
 Sekolah Kebangsaan Sungai Gelugor yang ditubuhkan pada tahun 1826 merupakan sekolah Melayu yang tertua sekali di Tanah Melayu. Mengikut catatan sejarah dan cerita mulut dari orang tua bahawa Sekolah Melayu Gelugor ini telah pun wujud sebelum tahun 1826 lagi. Sekolah ini pada mulanya diuruskan sendiri oleh penduduk kampung Gelugor sebagai kelas mengaji Quran, belajar pelajaran Agama Islam dan juga mengajar tulisan jawi.    Pada masa itu juga, Sekolah Penang Free mengadakan sebuah kelas Bahasa Melayu. Apabila kelas itu ditutup, maka sebuah bangunan telah didirikan di Gelugor oleh En. Brown iaitu salah seorang pentadbir Sekolah Penang Free dan tuan punya ladang Brown. Bangunan ini didirikan di kawasan ladang getah berhampiran dengan rumah pengurus ladang itu bagi menempatkan anak-anak pekerja ladang Brown. Bangunan tersebut hanya merupakan sebagai sebuah bangsal yang berbumbung atap nipah sepanjang sembilan hubungan atap dan berdinding atap nipah juga serta berlantai papan. Di tengah-